Pembekuan Tawaran Baharu Kursus Perubatan Dikaji Semula - Kamalanathan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 4:50 PM

P Kamalanathan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan sedang dikaji semula, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.

Kamalanathan berkata perkara itu akan diputuskan pada bulan depan atau selepas itu.

"Kementerian sedang mengkaji semula isu tersebut dengan teliti dan kita akan membawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet pada Februari," katanya selepas merasmikan Pameran Pendidikan The Star 2015 di sini, Sabtu.

Moratorium itu akan berakhir pada tahun ini.

Pada 2011, Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan selama lima tahun berikutan peningkatan ketara bilangan graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) .

Terdahulu dalam ucapannya, Kamalanathan berkata ibu bapa dan pelajar seharusnya menerokai pilihan pendidikan di luar bidang tradisional popular seperti perubatan dan undang-undang.

"Kadang kala ibu bapa amat tegas daripada Agensi Kelayakan Malaysia - mereka hanya mengiktiraf empat bidang (perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan).

"Negara lain juga mengalami isu sama (permintaan) di Universiti Nasional Singapura, terdapat hanya 300 tempat untuk perubatan dengan 3,000 pelajar memohon untuk mengisi kerusi itu.

Kamalanathan berkata pameran seperti Pesta Pendidikan The Star membantu menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak pilihan pendidikan yang berada di depan mata.

Pesta Pendidikan The Star diadakan pada Sabtu dan Ahad bermula pukul 11 pagi hingga 7 malam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Tags / Kata Kunci: moratorium , perubatan , P Kamalanathan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan