Hidup Sukar Kerana Dia Tempat Bergantung - Ibu Pemandu Bas

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 11:53 PM

S. Nagamah (kiri) menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Ibu kepada pemandu bas M. Jayagunasgaran, 40, yang maut dalam kemalangan di Tapah, Khamis lepas, membayangkan kehidupan yang sukar bakal ditempuhinya selepas hilang tempat dia bergantung hidup.
 
S. Nagamah, 68 berkata anak bongsu daripada tujuh beradik itu, yang tinggal bersamanya, juga amat gemar membantu anggota keluarga yang berada dalam kesusahan.

"Dia anak yang baik...memang susah saya nak percaya apa yang terjadi. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menghulurkan sumbangan dan sudi berkongsi kesedihan dengan saya," katanya.

Nagamah ditemui pemberita di kediamannya di Taman Seroja selepas menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Perak yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Rusnah Kassim.

Jayagunasgaran yang mengalami kecederaan parah akibat patah tulang rusuknya merupakan antara lapan yang terkorban dalam insiden bas berkenaan.

Sementara itu, Rusnah yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menyampaikan sumbangan dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan terbabit.

Beliau berkata keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu menerima sumbangan bernilai RM2,000 daripada kerajaan negeri.

"Saya sedih bila mengenangkan nasib Nagamah yang kehilangan tempat bergantung. Saya akan cuba membantunya mendapatkan lesen perniagaan untuk membuka kedai makan bersama anak perempuannya.

Sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban keluarga mangsa. Kita juga akan berikan sumbangan kepada mangsa yang mengalami kecederaan, namun akan diputuskan kemudian berapa jumlahnya," katanya.

Turut menziarahi keluarga mangsa berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru Cina negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas persiaran yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau dan Parit Buntar, Perak ke Genting Highlands, cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sebelum terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Tol Tapah pada pukul 1.15 pagi.

Dalam kejadian itu turut menyebabkan 21 penumpang lain cedera manakala dua lagi selamat daripada kecederaan.
Tags / Kata Kunci: S. Nagamah , bas persiaran , kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan