Hentikan Segera Pembalakan Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 5:26 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hentikan serta merta aktiviti pembalakan di Kelantan!

Mendesak demikian, Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN Darul Naim) berkata, ini untuk mengelak berlakunya kejadian banjir yang lebih buruk pada masa hadapan. 

Presiden PAKATAN Darul Naim Datuk Dr Noordin Abdul Razak berkata kerajaan negeri perlu mengesan mereka yang melakukan operasi pembalakan yang tidak terkawal itu hingga menyebabkan banjir buruk baru-baru ini. 

"Kerajaan negeri perlu selidik siapa punca yang melakukan pembalakan ini semua dan mesti memberikan hukuman setimpal kepada pihak yang terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis pelancaran Tabung Bencana PAKATAN Darul Naim yang disempurnakan Kerabat DiRaja Kelantan, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abd Halim Sultan Ibrahim. 

Noordin turut mencadangkan supaya dilakukan tanaman semula di kawasan yang telah digondol selain mendalamkan sungai di negeri itu.

Tabung bencana itu diwujudkan dengan kerjasama Pertubuhan Kerabat DiRaja Kelantan Al-Muhammadi dan kutipan awal bagi tabung berkenaan telah mencecah kira-kira RM50,000. 

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun 'Tabung Bencana Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim' di nombor 5640-7060-9764. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan