Sekat Fahaman Fanatik Di Sekolah - Dr Salleh

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Kerajaan harus memantau dan mengetatkan peraturan sedia ada khususnya ke atas sekolah swasta dan persendirian di negara ini, yang disyaki menanam ideologi fanatik, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said. 

Beliau berkata langkah itu perlu bagi menyekat penyebaran fahaman fanatik dalam kalangan pelajar, sekali gus mengelak anak-anak terpengaruh dengan ajaran ekstrem sehingga boleh mencetuskan keadaan huru-hara dan permusuhan.

Menerusi pemantauan, tindakan tegas lebih awal dapat dilakukan oleh kerajaan, kata Salleh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan,menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata sebarang perkara yang boleh menimbulkan pertelingkahan juga seharusnya dibincang secara tertutup atas semangat saling menghormati demi mengekalkan suasana aman, khususnya di Sabah yang sememangnya aman damai sejak merdeka.

Dalam pada itu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata sistem pendidikan harus mampu melahirkan generasi baharu Sabah yang berdisiplin, memiliki keyakinan diri, berkemahiran serta berfikiran sederhana dalam hubungan antara kaum dan agama.

"Mereka (pelajar) wajib memahami sejarah pembentukan negara dan mampu merebut peluang ekonomi dan pekerjaan yang tersedia di mana-mana pun, termasuk di luar negara. Sudah pun terbukti, anak-anak Sabah mampu dan boleh bersaing dalam semua profesion," katanya.

Tags / Kata Kunci: ideologi fanatik

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan