Lagi Desakan Kemelut MIC Diselesaikan Segera

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 9:17 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Lima daripada lapan Ketua Bahagian MIC di Negeri Sembilan pada Sabtu mendesak presiden parti Datuk Seri G. Palanivel supaya segera mengadakan perbincangan dengan timbalannya Datuk Seri Dr S Subramaniam bagi menyelesaikan kemelut parti itu.
 
Ini berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya MIC mengadakan pemilihan semula tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC).

Ketua MIC Bahagian Rembau yang juga anggota Majlis Tertinggi MIC Datuk V.S. Mogan berkata penyelesaian masalah ini dalam masa singkat amat penting kerana ramai di kalangan anggota parti masih tertanya-tanya perkembangan isu itu.

"Kami tidak tahu tentang perkembangan terkini dalam parti melibatkan komunikasi antara presiden parti dan ROS. Pada 18 Disember lepas presiden menyatakan beliau akan melihat perkara ini bersama timbalannya dan akan membentuk jawatankuasa untuk meneliti arahan ROS dan menyelesaikannya," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua MIC Bahagian Jempol Datuk L. Manikam, Ketua MIC Bahagian Kuala Pilah M. Kalidas, Ketua MIC Bahagian Jelebu P. Supramaniam dan Timbalan Ketua MIC Bahagian Teluk Kemang P. Letchumanan.

Mogan yang juga bekas Ketua Penerangan MIC berkata masalah ini perlu segera diselesaikan dan selepas ini tumpuan harus diberi untuk memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Sementara itu, Manikam pula berkata pemilihan semula yang diarahkan ROS itu harus dipatuhi demi kepentingan dan pengukuhan parti.

Pada 5 Dis, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari berikutan aduan penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

ROS juga meminta parti itu mengadakan pemilihan semula di lapan bahagian iaitu Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin dalam tempoh 60 hari.

ROS juga mengarahkan supaya pemilihan semula diadakan dalam tempoh 30 hari bagi jawatan timbalan pengerusi Batu Kawan, pengerusi bahagian Kota Raja, pengerusi bahagian Tanjung Malim dan pengerusi cawangan Taman Koperasi Polis.

Dua cawangan iaitu Merlimau Utara dan Rumah Pangsa Pekeliling Selatan, juga diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 30 hari.

ROS juga menasihati MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan.

Tags / Kata Kunci: kemelut MIC , G Palanivel , Dr S Subramaniam

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan