DBKL Tidak Pernah Keluarkan Lesen Perniagaan Kepada Peniaga Asing

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 5:21 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Jalan Petaling di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap peniaga tempatan yang meyewakan tapak kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan.

"Saya sendiri sudah lalu di Jalan Petaling dan pegawai penguatkuasa DBKL juga sudah buat bancian terhadap peniaga asing yang berada di kawasan itu, jadi tindakan akan diambil tak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Katanya, rancangan untuk menyediakan satu kawasan baharu kepada peniaga belia berumur 40 tahun ke bawah yang akan dikenali sebagai 'Jalan Petaling 2' juga sedang dalam pelaksanaan.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata cadangan untuk membina sebuah Kompleks Kuil Sri Lalithambikai Alayam di di Presint 20, Putrajaya, adalah sebahagian usaha menarik pelancong ke kawasan itu.

Katanya kompleks itu tidak hanya mempunyai kuil tetapi turut dilengkapi kemudahan moden menempatkan dewan serbaguna dan perpustakaan yang boleh digunakan oleh orang ramai.
 
"Semua orang boleh gunakan kemudahan yang ada di situ dan bukan hanya dikhaskan kepada penganut agama Hindu sahaja," katanya.

Beliau turut mengesa Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) supaya tidak membangkitkan hal berkaitan kuil berkenaan kerana rancangan untuk membina kuil itu sudah lama diluluskan.


Tags / Kata Kunci: DBKL , peniaga asing , Jalan Petaling

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan