Bukit Besi Dikenali Sebagai Bandar Bersejarah Menjelang 2030

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 11:39 PM

Ahmad Razif berkata sesuatu kepada pengurus besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Wan Mat Amin Wan Daud (kiri), semasa mendengar taklimat perancangan kawasan khas Bukit Besi selepas merasmikan Majlis Perasmian Publisiti Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 di Tasik Puteri Bukit Besi di Dungun pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Bandar Bukit Besi, yang suatu masa dahulu pernah menjadi tempat perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara, akan dijadikan bandar bersejarah dan dikenali sebagai Bukit Besi Bandar Bersejarah menjelang tahun 2030.

Justeru, kerajaan negeri Terengganu kini sedang mengorak langkah dengan membuat rangka pelan perancangan 15 tahun bagi membangunkan bandar bersejarah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata mereka sedang mengenal pasti pembangunan yang akan dijalankan secara berperingkat tanpa meminggirkan kesan peninggalan sejarah tersebut.

Katanya pelan induk pembangunan tersebut dijangka dirangka bulan depan selepas mendapat input daripada semua pihak berkepentingan.

"Mungkin fasa pertama melibatkan pembangunan semula tempat perlombongan untuk dijadikan sebagai tarikan sejarah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Publisiti Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 di Tasik Puteri Bukit Besi di sini, Sabtu.

Katanya kawasan yang dibangunkan itu meliputi keluasan 3,200 hektar bermula dari persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II di Bukit Besi hingga ke kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi.

Menurutnya kerajaan negeri kini melihat bajet pembangunan keseluruhan projek itu serta merancang untuk mewartakan kawasan itu sebagai tapak warisan.

Tags / Kata Kunci: Bukit Besi , Bandar Bersejarah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan