1MDB: Pemuda Umno Batu Kawan Mahu SPRM Siasat Khairuddin

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 6:24 PM

Mohamad Hilme sebaik selesai membuat laporan terhadap Khairuddin di SPRM Jalan Sultan Ahmad Shah, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung laporannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamad Hilme Ibrahim membuat kenyataan itu sehari selepas Naib Ketua Umno bahagiannya itu mengemukakan laporan kepada suruhanjaya itu di Putrajaya, Khamis.

Malahan, beliau turut mendakwa laporan yang dibuat Khairuddin itu palsu dan mempunyai elemen rasuah.

"Saya minta SPRM supaya menyiasat dengan terperinci laporan yang dibuat Khairuddin serta pihak lain yang bersamanya dalam hal ini.

"Dia (Khairuddin) tidak sepatutnya membuat laporan itu kerana dia sendiri diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada Mei tahun lalu," katanya kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, Jumaat.

Mohamad Hilmie berkata, Khairuddin mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menyokong laporannya terhadap 1MDB, bagaimanapun sehingga kini masih gagal berbuat demikian.

Katanya lagi, bersama laporannya kepada SPRM, disertakan beberapa dokumen berkaitan Khairuddin untuk membantu SPRM menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Pada 12 Disember tahun lalu, Khairuddin turut membuat laporan polis terhadap 1MDB dan syarikat subsidiarinya atas dakwaan urusniaga kewangan syarikat yang meragukan.

Beliau turut mendakwa sehingga Mac tahun lalu, syarikat berkenaan mempunyai hutang berjumlah sehingga RM41.9 bilion, dan meletakkan syarikat berhadapan dengan risiko diisytihar bankrap dan sekaligus akan membebankan kerajaan Persekutuan yang merupakan penjamin kepada pinjaman berkenaan. 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan