Kemalangan Bas Persiaran: Polis Kesan Pemilik Lori

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 9:54 PM

Sebiji tayar yang dikaitkan dengan kejadian kemalangan di kilometer 326.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran susur masuk ke Tol Tapah awal pagi Khamis. Dalam kemalangan itu lapan maut apabila sebuah bas pesiaran terbabas ke dalam parit di bahagian kiri jalan apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan. --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis trafik kini sedang mengesan tayar lori milik siapa yang menjadi punca berlakunya kemalangan maut melibatkan sebuah bas persiaran berhampiran Tapah pada awal pagi Khamis. 

Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Mahamad Akhir Darus berkata anggotanya yang berada di Tapah kini sedang menyiasat daripada mana datangya tayar berkenaan. 

"Pegawai penyiasat kami di Tapah sedang menyiasat namun berdasarkan daripada saiz tayar berkenaan dipercayai milik sebuah lori. 

"Jika kita dapat membuktikan daripada mana datangya tayar berkenaan, pemiliknya akan dikenakan denda sebanyak RM300 atas kesalahan di bawah Perkara 19, Peraturan Lalu Lintas 1959 kerana membawa muatan berlebihan hingga jatuh daripada kenderaan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Jumaat. 

Mengulas mengenai kemalangan bas persiaran tersebut, Mahamad berkata pemandu bas tersebut mempunyai tiga saman tertunggak dan satu waran tangkap yang dikeluarkan atas salah satu kesalahan yang dilakukannya. 

"Berdasarkan rekod kami, saman yang tertunggak yang dihadapinya adalah atas kesalahan menghalang laluan trafik dengan motosikal, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta memandu melebihi had laju 

"Waran tangkap yang dikeluarkan atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya. 

Pada Khamis, sebuah bas persiaran terlibat dengan kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hingga mengorbankan lapan nyawa. 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas persiaran itu yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau dan Parit Buntar, Perak ke Genting Highlands, cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sebelum terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Tapah kira-kira 1.15 pagi.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan