China Dijangka Buka Pejabat Konsul di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 11:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: China sedang dalam proses untuk membuka Pejabat Konsul Jeneral di Sabah dan ia dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini.

Konsul Jeneral China di Kuching, Sarawak, Liu Quan berkata pasukan awal yang diketuai Timbalan Konsul Jeneral di Sabah, Sun Xiaowu kini berada di sini untuk mengenal pasti lokasi sesuai untuk menubuhkan pejabat itu.

Liu berkata mereka telah bertemu dengan Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung perkara itu.
 
"Mereka amat mengalu-alukan rancangan ini dan bersedia memberi bantuan yang sewajarnya," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Liu berkata penubuhan Pejabat Konsul Jeneral di sini akan terus meningkat dan memperkukuhkan hubungan sedia ada antara China dan Sabah.

Beliau berkata tahun lepas, sejumlah 300,000 warga China melawat Sabah dan jumlah itu dijangka meningkatkan pada 400,000 orang pada tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu, beliau juga menyambut baik cadangan kerajaan Malaysia untuk mengecualikan visa kepada warga China melawat negara ini.

Tags / Kata Kunci: Pejabat Konsul Jeneral , China , Sabah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan