Boleh Fail Saman Isu Alam Sekitar Selepas Wujud Mahkamah Khas

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 11:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak yang tidak berpuas hati dan terjejas berhubung isu alam sekitar mempunyai peluang untuk menfailkan saman selepas Mahkamah Khas Alam Sekitar ditubuhkan kelak.
 
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Mohd Aizuddin Zolkeply berkata sebelum ini saman berkaitan alam sekitar didengar di Mahkamah Sivil yang tidak khusus kepada alam sekitar.
 
"Contohnya berhubung isu pembalakan haram atau Lynas (nadir bumi). Mereka yang tidak berpuas hati kerana kawasan tanah mereka diganggu atau dengan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), mereka boleh menfailkan saman di Mahkamah Khas Alam Sekitar," katanya.

Beliau berkata dengan adanya mahkamah khas itu, mereka yang menfailkan saman boleh menuntut ganti rugi ke atas kerugian yang mereka alami atau injuksi bagi menghalang sesuatu projek diteruskan.

Bagaimanapun penubuhan mahkamah itu masih dalam pertimbangan, katanya.
 
Pada 10 Januari lepas, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata badan kehakiman sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan Mahkamah Khas Alam Sekitar bagi mengendalikan kes sivil, berdasarkan kepada kejadian bencana alam baru-baru ini di beberapa negeri.

Arifin berkata pejabat Hakim Besar Malaya dan pejabat Hakim Besar Sabah dan Sarawak akan menjalankan kajian masing-masing untuk menilai keperluan mewujudkan mahkamah itu di Mahkamah Tinggi.

Ditanya sama ada Mahkamah Khas itu diakan ditubuhkan di setiap negeri, Mohd Aizuddin berkata ia mengikut keperluan dan berapa banyak kes yang akan difailkan nanti.

Kini Mahkamah Alam Sekitar yang mula beroperasi pada 10 Sept 2012 hanya berurusan dengan kes pendakwaan bagi kesalahan alam sekitar dan tidak mengendalikan kes tuntutan sivil.

Sementara itu Ketua Jabatan Undang-Undang Sivil, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datin Dr Nor Asiah Mohamad berkata cadangan penubuhan mahkamah itu adalah baik namun ia tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

Katanya ia memerlukan pakar perundangan yang khusus dalam alam sekitar, persediaan kakitangan yang terlibat dan juga persedian fizikal.

Tags / Kata Kunci: isu alam sekitar , mahkamah khas

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan