Kementerian Pengangkutan Lakukan Siasatan Terperinci Kemalangan Bas Persiaran

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 9:32 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan melakukan siasatan terperinci berhubung kemalangan bas persiaran di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) semalam, yang mengorbankan lapan nyawa.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya telah mengarahkan beberapa agensi kerajaan untuk mengadakan kerjasama dalam siasatan itu. 
 
"Antaranya semalam kami telah mengarahkan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) (Prof Dr Wong Shaw Voon)
untuk ke lokasi kejadian bagi mengkaji punca kemalangan itu berlaku," katanya. 

Liow yang juga Presiden MCA berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA kali ke-8 di sini, hari ini.
 
"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang menyebabkan kemalangan itu berlaku selepas laporan siasatan itu dikeluarkan," katanya.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas persiaran berkenaan yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau dan Parit Buntar, Perak ke Genting Highlands, cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sebelum terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Tol Tapah 1.15 pagi semalam.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan