Rasuah: Bekas CEO Tekun Ditahan Reman

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun)  ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.

Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 22 Januari ini terhadap lelaki berusia 60 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) 2009.

Suspek bergelar 'Datuk' itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.30 pagi Jumaat untuk mendapatkan perintah reman.

Difahamkan lelaki yang tamat kontrak dengan agensi berkenaan pada Disember tahun lalu itu ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor pada 9.20 malam Khamis.

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu, dilanjutkan.

Siasatan awal mendapati suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut rekod, suspek dilantik ke jawatan itu pada 2004 di mana ketika itu Tekun adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagaimanapun selepas kementerian itu dimansuhkan, Tekun kini diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.




Tags / Kata Kunci: Tekun , CEO Tekun , tahan reman

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan