Puncak Niaga Ditegur Lengah Jual Aset

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) ditegur supaya untuk tidak melenggahkan penjualan asetnya kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang dimeterai kedua-dua pihak mengikut perjanjian jual beli (SPA), November lalu.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Air Selangor mengenai punca PNHB perlukan masa lebih lama sedangkan sudah diberi tempoh lanjutan dua bulan untuk meneliti syarat dan terma yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

"Kalau ikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor dan pihak PNHB, tempoh untuk memuktamadkan perjanjian tersebut selama dua bulan, bermula  12 September hingga tarikh perjanjian ditandatangani, 12 November lalu," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Sistem Pengurusan Hakmilik Strata Berkomputer (e-Strata) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Tanah (Selamat) Pejabat Tanah dan Galian Selangor di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Jelas Azmin, beliau tidak melihat sebarang keperluan untuk PNHB melenggahkan penjualan asetnya bagi memuktamadkan perjanjian tersebut kerana mereka sudah diberi tempoh sewajarnya.

"Selepas 12 November 2014, beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh kerajaan Selangor dan PNHB itu adalah soal pentadbiran yang perlu dimuktamadkan.

"Jadi saya tidak nampak keperluan Puncak Niaga melenggah-lenggahkan masa untuk memuktamadkan perjanjian tersebut," katanya.

Pada Rabu lalu, PNHB masih berunding dengan Air Selangor berhubung tempoh lanjutan untuk memenuhi syarat dan terma ditetapkan perjanjian jual beli (SPA) bagi penjualan aset airnya kepada pihak Air Selangor.

Pengerusi Eksekutif PNHB, Tan Sri Rozali Ismail berkata, ini berikutan masih ada syarat dan terma yang tidak dipenuhi mengikut SPA yang dimeterai kedua-dua pihak pada November tahun lalu.

Sementara itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, kerajaan negeri kini sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk menyelesaikan isu pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) di mana tempoh rundingannya sehingga September tahun ini.

"Fokus diberikan terhadap penstrukturan industri air di pihak Splash kerana tempoh rundingan setahun diberikan mengikut perjanjian induk yang ditandatangani pada 12 September lalu.

"Ini bermakna kerajaan negeri melalui Air Selangor ada tempoh sehingga 12 September ini bagi memuktamadkan perjanjian dengan Splash. Maka fokus diberikan terhadap usaha untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya.

Tags / Kata Kunci: Puncak Niaga , SPA , Azmin Ali

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan