QZ8501: Identiti Satu Lagi Jasad Dikenal Pasti

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 8:03 AM

Seorang pelajar di Universiti Kristen Petra memegang bunga di dinding memorial bagi memperingati rakan-rakannya yang berada di dalam pesawat malang penerbangan AirAsia 8501, di kampus mereka di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. -foto AP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) mengenal pasti identiti satu lagi jasad mangsa nahas Penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia sebagai Cindy Clarissa Soetjipto.

AirAsia menyatakan dalam kenyataan terkininya di sini malam Khamis bahawa AirAsia Indonesia dengan rasminya menyerahkan jasad penumpang kepada keluarganya pada Khamis.

Setakat ini, 39 daripada 50 jasad telah dikenal pasti identiti dengan sembilan lagi masih dalam proses pengecaman.

Kenyataan itu menyebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) menyambung operasi mencari di kawasan pencarian utama.

Kapal-kapal SAR, helikopter dan pasukan penyelam laut telah dikerah ke kawasan pencarian utama untuk meninjau dasar laut sebelum penemuan penumpang dan bangkai pesawat kerana disyaki lebih banyak penumpang yang mungkin terperangkap di bawah bangkai itu.

Bagaimanapun, tidak ada penemuan tambahan yang dilaporkan hari ini, menurut kenyataan itu.

Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia terhempas pada 28 Disember lepas semasa dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura dengan membawa 155 penumpang dan tujuh kru.

Mereka yang berada dalam pesawat malang itu terdiri daripada 155 penumpang warga Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia, seorang rakyat Britain dan seorang warga Perancis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan