Undang-Undang Khas Cegah Militan Dibentang Mac Ini - Nancy

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 3:04 PM

Nancy melancarkan Sistem Insolvensi Bersepadu (Insist) pada majlis perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di BHEUU di sini, Khamis. Turut sama (dari kiri) ialah Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Haslina Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Sivil Jabatan Bantuan Guaman, Aslina Joned dan Ketua Pengarah BHEUU, Datuk Nursiah Arsad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan di Parlimen, Mac ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata langkah itu diambil susulan daripada perbentangan Kertas Putih "Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tahun lalu.

"Selain itu pindaan terhadap undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Hasutan (1984) turut akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula 9 Mac ini," katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bagi bulan Januari di sini, Khamis.

Beliau berkata, rang undang-undang itu amat perlu agar kerajaan mempunyai kemampuan yang lebih ampuh untuk menghadapi ancaman pada bila-bila masa.Katanya kerajaan memandang serius ancaman-ancaman itu dengan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan ini.

"Saya berharap kita semua berwaspada dan menjauhi anasir-anasir yang boleh menganggu-gugat keharmonian dan keamanan yang kita rasai sekarang," katanya.

Mengulas mengenai pindaan Akta Hasutan dan Sosma, Nancy berkata ia masih di tahap perbincangan dan belum diperhalusi lagi.

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata Sistem Insolvensi Bersepadu (Insist) yang dibangunkan oleh BHEUU diwujudkan secara dalaman bagi Modul Kebankrapan dan Modul Perakaunan.

Katanya pembangunan INSIST turut mendapat khidmat rundingan daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) bagi menguruskan sistem kebankrapan dan likuidasi yang bersepadu serta menjadi sumber rujukan utama maklumat kebankrapan dan penggulungan syarikat.

"Fasa 2 pembangunan INSIST akan diteruskan dengan pembangunan Modul Perkhidmatan dan Integrasi INSIST antara agensi kerajaan lain," jelas beliau.

Tags / Kata Kunci: Nancy Shukri , militan , Parlimen , Sosma

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan