Muhyiddin Terima Memorandum Konvensyen Perpaduan Nasional NGO

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 4:08 PM

Muhyiddin Yassin menerima Memorandum Perpaduan Nasional daripada gabungan 320 NGO Melayu dan Islam yang diserahkan Azih (dua, kanan) sambil turut disaksikan oleh Abdul Hamid (tiga, kanan) pada majlis penyerahan memorandum itu di kediaman rasmi beliau di Sri Satria, Khamis.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima memorandum Konvensyen Perpaduan Nasional daripada 12 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk dipertimbangkan dalam penggubalan Dasar Perpaduan Nasional.

Memorandum bertemakan 'Perpaduan Rakyat Malaysia: Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara' itu diserahkan oleh Pengerusi Konvensyen Perpaduan Nasional, Datuk Azih Muda di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di sini.

Ketika bercakap kepada pemberita, Azih, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata, memorandum itu merupakan rumusan serta ketetapan yang dibuat semasa Konvensyen Perpaduan Nasional yang diadakan pada 23 November lalu di Kuala Lumpur dan dihadiri lebih daripada 320 NGO Melayu dan Islam.

Memorandum setebal 95 muka surat itu mengandungi 54 usul yang 19 daripadanya berkaitan politik, perlembagaan, undang-undang dan perlembagaan negara, 20 melibatkan usul ekonomi, tujuh usul berkaitan hal ehwal agama Islam, manakala selebihnya perkara-perkara lain.

Dokumen itu antara lain menggesa kerajaan mengkaji semula pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri selain mahu semua strategi, dasar, program dan undang-undang untuk memupuk, mengukuh serta meningkatkan perpaduan nasional mestilah berasaskan kepada hakikat bahawa Peribumi adalah bangsa teras di Malaysia.

Dari perspektif ekonomi pula, memorandum itu meminta kerajaan menubuhkan sebuah lembaga amanah bagi mengurus dan membangunkan Tanah Simpanan Melayu serta tanah adat di Semenanjung selain mahu bank-bank tempatan mengkaji kadar pinjaman bagi tanah berkenaan.

Memorandum itu juga menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar ia menjadi mekanisme pemupukan, pengukuhan dan peningkatan patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda Malaysia.

Selain Azih, turut hadir pada majlis tersebut adalah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Zaini Ujang.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan