Maybank Bantu Buka Pawagam Bagi Golongan Cacat Penglihatan

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 6:26 PM

Amirul Feisal dan Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Datuk Ganesan Supayah melancarkan pawagam khusus untuk golongan cacat penglihatan di Kompleks MAB, Brickfields, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) membantu Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dengan membuka pawagam bagi golongan cacat penglihatan di Kompleks MAB di Brickfields di sini sejajar dengan matlamatnya menginsankan perkhidmatan kewangan.

Ketua Perbankan Global (GB) Kumpulan Maybank Amirul Feisal Wan Zahir berkata idea itu lahir daripada visi MAB pada awal 2014 untuk mewujudkan pawagam penerangan audio (AD) untuk memberi pengalaman filem bagi individu cacat penglihatan atau mempunyai penglihatan terhad.

"Didorong oleh visi tersebut, warga Maybank melaksanakan pelbagai aktiviti pengumpulan dana, termasuk mini karnival di premisnya pada April 2014, yang akhirnya membuahkan hasil," katanya kepada pemberita pada pelancaran pawagam AD dengan 180 tempat duduk di Kompleks MAB di sini, Khamis.

Beliau berkata, pewujudan pawagam AD, yang pertama di Asia Tenggara, merupakan sebahagian daripada program sukarela warga kerja dan tanggungjawab sosial korporat GB Maybank.

Berbanding filem konvensional, filem AD menyediakan penceritaan berhubung unsur-unsur visual utama filem dengan ringkas dan padat, penerangan babak baharu, tatacara, pakaian dan bahasa tubuh antara bahagian dialog atau lagu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB Datuk Ganesan Supayah berkata, pawagam AD MAB akan menayangkan filem yang sesuai pada setiap bulan bagi komuniti cacat penglihatan dan keluarga mereka secara percuma.

Beliau berkata, MAB telah membeli beberapa filem Inggeris daripada Amazon.com dan berharap untuk mendapatkan filem-filem Melayu dan bahasa-bahasa lain pada masa akan datang.

"Trek penerangan audio merupakan perkhidmatan terbaik untuk golongan cacat penglihatan dan boleh didapati untuk filem tayangan pertama, dan banyak pawagam dibina atau diubah suai untuk memasang peralatan yang diperlukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Maybank , Amirul Feisal Wan Zahir , MAB , pawagam

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan