K-Pop: Selaras Garis Panduan Puspal & Jakim

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 2:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Insiden aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1A4 seharusnya menjadi pengajaran, sekali gus membuka mata pihak berwajib untuk menyelaras dua garis panduan yang disediakan agensi kerajaan khusus untuk penganjur acara di negara ini.

Selain garis panduan yang ditetapkan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dokumen sama yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu diteliti.

Malahan, ketetapan yang dibuat Puspal itu juga perlu dikaji semula dan ditambah baik bagi menghormati sensitiviti masyakat Malaysia secara menyeluruh.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ia tidak boleh melibatkan hanya satu garis panduan kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam maka setiap pertimbangan dan kelulusan perlu turut merujuk kepada Jakim.

Katanya, jika tiada garis panduan yang ditetapkan Puspal atau mana-mana pihak yang selari dengan Jakim, ia mengakibatkan ‘pertindihan’ peranan agensi untuk menyelesaikan masalah sebagaimana yang berlaku dalam isu konsert K-Pop.

“Apabila timbul masalah ini, Jakim tidak dapat mengambil tindakan kerana penganjuran konsert tersebut diluluskan Puspal berdasarkan garis panduannya sendiri.

“Ia terpaksa merujuk semula garis panduan Puspal dan ini akan menyusahkan kerja-kerja Jakim,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminat wanita Islam ketika berada di atas pentas konsert di Kuala Lumpur, Sabtu lalu mencetuskan kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Sejak 2007, Jakim telah mengeluarkan garis panduan hiburan dalam Islam untuk dirujuk penganjur bagi acara hiburan namun kontroversi K-Pop itu membangkitkan persoalan sejauh mana ia dirujuk oleh semua agensi dan penganjur program.

Jakim dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata, konsert K-Pop tersebut sama sekali tidak dirujuk kepada jabatan itu selain tidak dimaklumkan mengenai penganjurannya.

Azwanddin berkata, Puspal dicadangkan supaya mengarahkan pegawainya untuk ‘turun padang’ di mana-mana program hiburan yang diluluskan permohonannya bagi memantau penganjuran tersebut dalam mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“Saya percaya penganjur tidak akan memperincikan program yang akan dilakukan. Pada masa yang sama, masyarakat yang menghadiri acara tersebut perlu ada kesedaran mengenai batasan serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terutama umat Islam.

“Bagaimanapun, tidak sepatutnya ada pihak yang tuduh-menuduh atau menunding jari antara satu sama lain tetapi kerajaan dan pihak berkuasa seperti Jakim walaubagaimanapun perlu mengambil tindakan terhadap perkara ini kerana kita tidak mahu kejadian berulang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abd Manan pula melihat isu konsert K-Pop dari segi moral dan budaya masyarakat Malaysia.

Beliau berpandangan bahawa aksi sumbangan tersebut tidak wajar berlaku sama ada umat Islam atau mereka dari agama atau bangsa lain.

“Ia bukan disebabkan agama semata-mata, cuma secara kebetulan kejadian itu melibatkan wanita bertudung yang mencerminkan imej wanita Islam.

“Saya percaya semua budaya, bangsa dan agama tidak menerima perbuatan berkucupan dan berpelukan apatah lagi ia dilakukan di khayalak ramai,” katanya.

Mengenai garis panduan yang dikeluarkan Puspal, Amidi menyarankan supaya ia ditambah baik supaya pihak penganjur mahupun artis yang terlibat dapat menghormati sensitiviti dan memahami budaya masyarakat Malaysia.

Tambahnya, walaupun mungkin sudah dinyatakan dalam garis panduan tersebut, ia boleh diperkemaskan dengan memberi contoh dan penjelasan yang lebih terperinci.

“Sebagai contoh, kadang-kadang masyarakat luar tidak boleh nak faham tentang penerangan kita yang terlalu umum .

“Mungkin juga ada menganggap aksi berkucupan atau berpelukan bukan satu masalah kerana ia menjadi kebiasaan dalam masyarakat mereka.

“Lebih baik kita jelaskan dengan cara yang lebih mudah difahami, contohnya jangan mengucup atau memeluk orang,” katanya.

Beliau menambah, diharapkan cadangan tersebut dapat dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia pelbagai bangsa dan agama meskipun di dalam sesebuah acara berbentuk hiburan. 

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan