Penganjur Konsert Patuhi Garis Panduan Jakim - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 6:09 PM

Jamil Khir Baharom

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pihak yang bertanggungjawab memberikan kelulusan untuk mana-mana konsert perlu sentiasa mengingatkan penganjur agar mematuhi garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, banyak pihak seolah-olah melupakan garis panduan itu yang dibuat untuk menghalang perkara tidak diingini seperti yang berlaku dalam konsert K-Pop baru-baru ini.

"Kebenaran untuk mengadakan konsert bukan di bawah kuasa Jakim, tetapi untuk tujuan proaktif Jakim telah mengeluarkan garis panduan supaya tidak berlaku hal-hal yang tidak diingini.

"Garis panduan itu untuk persembahan muzik termasuk rancangan televisyen tetapi ada hal-hal yang berlaku secara spontan sebab itu kita panggil pihak penganjur untuk menjelaskan perkara itu dan mengelakkan masalah itu berlaku pada masa hadapan," katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas menerima sumbangan bantuan banjir daripada Asian Finance Bank berjumlah RM107,000 bagi pemulihan masjid-masjid yang terjejas banjir di sini, Khamis.

Ditanya mengenai kritikan pelbagai pihak yang mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertindak keterlaluan terhadap insiden konsert K-pop itu, Jamil Khir berkata ia masih dalam peringkat siasatan dan tiada tindakan yang diambil setakat ini.

"Buat masa sekarang Jawi ingin membuat siasatan terlebih dahulu, jadi adakah ia dianggap keterlaluan.

"Kita tidak mahu nanti ada orang mengatakan pihak berwajib berkaitan soal akhlak dan agama masyarakat Islam mengabaikan kes itu begitu sahaja," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Jakim , Jamil Khir Baharom , K-Pop , garis panduan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan