PIBGN Minta Jangan Potong Wang Bantuan Persekolahan

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) meminta pihak sekolah agar tidak memotong wang bantuan khas awal persekolahan RM100 yang diberikan Kementerian Pendidikan.

Presidennya Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata perkara itu dilakukan sebelum ini antaranya bagi pembayaran yuran PIBG dan kos lain yang ditanggung pihak sekolah.
 
"Namun kali ini wang itu adalah lebih untuk meringankan ibu bapa terutama bagi yang terlibat dengan banjir sehingga mereka tidak dapat menyediakan pakaian dan peralatan sekolah anak-anak mereka," katanya.

Beliau diminta mengulas saranan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan agar pihak sekolah di negeri itu tidak memotong wang tersebut.

Kementerian Pendidikan juga dilapor menerima maklumat terdapat sekolah yang tidak menyerahkan bantuan khas itu kepada pelajar mereka.

Mohamad Ali berkata pihak sekolah harus fleksibel bukan sahaja disebabkan oleh masalah banjir tetapi fakor lain seperti kenaikan kos sara hidup semasa.
 
"Yuran PIBG juga perlu dikecualikan di sekolah yang pelajar terbabit dengan banjir," tambahnya.

Sementara itu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan meminta ibu bapa agar memastikan buku teks pinjaman anak mereka tidak hilang.
 
"Ini kerana saya menerima rungutan dari pihak sekolah bahawa mereka menghadapi masalah kewangan bagi menggantikan buku teks yang hilang atau rosak sehingga terpaksa membuat potongan ke atas wang bantuan," katanya.

Beliau berpendapat yuran PIBG perlu dikekal dengan kadarnya ditetapkan mengikut kesesuaian semasa.
 
"Hasil kutipan yuran PIBG akan digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pihak sekolah membuat bayaran bagi penceramah yang dijemput bagi memberi motivasi atau tips menghadapi peperiksaan kepada pelajar, katanya.

Tags / Kata Kunci: bantuan persekolahan , PIBGN , NUTP

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan