Fenomena Cuaca Luar Biasa Akibat Proses Kitaran Cuaca

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fenomena cuaca luar biasa yang sedang melanda beberapa buah negara di dunia termasuk Malaysia, disebabkan berlakunya proses kitaran cuaca yang kebiasaannya terjadi dalam tempoh tertentu iaitu antara 10, 20 atau 30 tahun.

Menurut pakar Meteorologi dan Pencemaran Udara dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mastura Mahmud, keadaan itu disebabkan hasil gabungan beberapa faktor seperti suhu, kelembapan, kelajuan angin selain peningkatan gas rumah hijau.
 
"Iklim adalah fenomena abstrak sebab itu pada satu tempoh masa akan berlakunya kejadian cuaca luar biasa atau melampau," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ini juga disebabkan baru-baru ini sebahagian Amerika Syarikat dilanda cuaca sejuk melampau sehingga terdapat sebahagian kawasan mengalami suhu paling rendah dalam rekod 50 tahun.

Jelasnya, ribut salji dan angin kencang mencecah 50 batu sejam turut berlaku menyaksikan hampir 80 peratus kawasan daratan serta 68 peratus penduduk negara itu mengalami suhu di bawah takat beku.
 
Keadaan itu, kata Mastura, disebabkan kejadian vorteks kutub atau pusaran yang berlaku di kutub utara. Vorteks kutub adalah kawasan udara sangat sejuk, biasanya mengandungi jisim udara paling sejuk yang mengelilingi kutub utara.
 
"Pusaran kutub adalah kawasan tekanan rendah pada aras tinggi lebih kurang 11km. Ia adalah satu fenomena hampir pegun di kutub utara dan selalu wujud berhampiran Kanada dan timur laut Siberia," katanya.

Mastura berkata lembangan udara dari kutub tersebut telah sampai ke kawasan lebih selatan daripada biasa yang menyumbang kepada keadaan cuaca luar biasa melanda tanah besar Asia.
 
"Ia menyebabkan tekanan udara di negara seperti Siberia dan China mengalami tekanan tinggi agak ketara sekali gus mempengaruhi keamatan angin monsun timur laut yang melanda kawasan Asia Tenggara.
 
"Keadaan itu menyebabkan angin kencang berkaitan dengan luruan sejuk mempengaruhi cuaca di negara kita," katanya.
 
Jelas Mastura keadaan awan yang aktif di Khatulistiwa, berhampiran dengan negara ini juga menyebabkan hujan lebat dan banjir luar biasa berlaku.

Pendapat sama turut dikongsi Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, bahawa keadaan cuaca atau hujan yang luar biasa berlaku dalam tempoh tertentu jika dilihat kepada statistik curahan hujan.

Katanya cuaca merupakan fenomena alam yang tidak boleh ditentukan dengan tepat dan hanya boleh diramal berasaskan data lepas iaitu satu tahun, 10 atau 100 tahun terakhir.
 
"Lebih panjang data cuaca yang dimiliki, lebih baik ramalan dapat dihasilkan dan pada prinsipnya cuaca di Semenanjung Malaysia dipengaruhi monsun timur laut dan barat daya serta perolakan haba," katanya.

Selain itu katanya, faktor ketara menyebabkan curahan hujan luar biasa kali ini dan mungkin pada masa akan datang ialah fenomena pemanasan global disebabkan peningkatan 'gas rumah hijau'.
 
"Keadaan itu disebabkan purata suhu dunia meningkat dan cuaca boleh menjadi lebih ekstrem, umpamanya angin lebih kencang, kemarau lebih panjang dan hujan lebih lebat. Taburan curahan hujan juga boleh berubah," katanya.

Tags / Kata Kunci: proses kitaran cuaca panas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan