AirAsia QZ8501: Penglibatan Kapal TLDM Dalam Misi Pencarian Ditamatkan

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 10:07 PM

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kasturi menemui satu mayat wanita di kawasan pencarian Lautan Kalimantan pada pukul 2 petang waktu Malaysia, Isnin lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penglibatan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, ditamatkan secara rasmi pada jam 6 petang Rabu.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, ia berikutan bukti utama iaitu perakam data penerbangan (FDR) pesawat itu ditemui pada Isnin lepas dan perakam suara kokpit (CVR) dijumpai semalam.

"Di samping itu, beberapa pengesanan objek besar di bawah air mengesahkan posisi kapal terbang terhempas. Lanjutan daripada perkembangan tersebut, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) telah menumpukan operasi pencarian bawah air di kawasan pencarian yang lebih kecil berkeluasan 25 batu nautika persegi.

Pencarian di kawasan ini disimpulkan memadai dengan aset-aset Indonesia sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya, sejak 29 Dis lepas TLDM telah menugaskan lima buah kapal iaituKapal Diraja (KD) Pahang, KD Lekiu, KD Lekir, KD Kasturi dan KD Perak serta sebuah helikopter Fennec untuk membantu percarian pesawat itu.

Abdul Aziz berkata secara purata setiap kapal TLDM ditugaskan melaksanakan operasi selama lapan hari sebelum keluar dari kawasan pencarian untuk melaksanakan ulang bekal.

Kapal TLDM telah melaksanakan operasi meliputi kawasan seluas kira-kira 22,000 batu nautika persegi dan pencarian melibatkan penempatan pemerhati tambahan di atas geladak, pemantauan udara oleh helikopter Fennec, pemerhatian radar dan sonar selain penggunaan bot jenis 'Rigid Hull Inflatable,'katanya.

"Kapal TLDM telah menjumpai dan mengambil 10 jasad (mayat empat lelaki,empat perempuan dan dua jantina tidak dikenal pasti). Di samping beberapaserpihan pesawat dan barangan peribadi mangsa turut dibawa naik," katanya.

Abdul Aziz berkata, anggota dan pegawai yang mengendalikan kapal TLDM telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi apabila dapat bekerjasama dengan angkatan tentera laut dari negara lain seperti Indonesia, Singapura, AmerikaSyarikat, China dan Jepun.

"Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM khususnya sentiasa bersiap sedia dan komited menghulurkan segala bantuk bantuan dengan segera apabila diperlukan selaras dengan semangat setiakawan Asean yang sedia terjalin," katanya.

Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Tags / Kata Kunci: AirAsia QZ8501

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan