MH370: Fugro Supporter Sertai Pencarian Di Dasar Laut Akhir Januari

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 8:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kapal pencari keempat, Fugro Supporter, dijangka tiba di kawasan mencari di selatan Lautan Hindi dan memulakan operasinya untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370, akhir bulan ini. 

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), dalam kenyataan pada Rabu, berkata'Fugro Supporter' dilengkapi kenderaan dasar laut (AUV) Kongsberg HUGIN 4500.

"AUV ini akan digunakan untuk mengimbas bahagian kawasan mencari yang tidak dapat diteroka dengan berkesan oleh peralatan yang terdapat pada kapal lain.

"Ia tidak dihubungkan ke kapal itu melalui kabel, tetapi akan melakukan penyiasatan melalui penggunaan alat yang diprogram terlebih dahulu mengenai kawasan dasar laut," kata kenyataan itu.

JACC berkata AUV itu akan turun dan kembali ke 'Fugro Supporter' secara automatik bagi mengumpul data untuk dimuat turun dan baterinya akan diganti selepas melakukan setiap misi ke dasar laut.

Sementara itu, JACC berkata setakat ini, pencarian telah dilakukan di lebih14,000 km persegi dasar laut.

"Diandaikan kapal ini tidak mengalami kelewatan dan masalah peralatan atau cuaca, sebahagian besar kawasan pencarian di dasar laut yang ditetapkan ketika ini akan dapat diliputi sekitar Mei 2015," katanya.

Ketika ini, tiga kapal iaitu 'Go Phoenix', 'Fugro Discovery' dan 'Fugro Equator' dikerah untuk mencari pesawat berkenaan di selatan Lautan Hindi, tempat para pegawai percaya Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, mengakhiri perjalanannya.

'Fugro Supporter' akan menyertai tiga kapal itu di kawasan mencariter pencil.

Usaha mencari pesawat berkenaan kini memasuki bulan kesembilan setelah ia hilang pada 8 Mac tahun lepas. Penerbangan MH370 hilang daripada radar ketika terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. 

Tags / Kata Kunci: Fugro Supporter

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan