CIMB, RHB Dan MBSB Henti Bincang Penggabungan

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mengumumkan pada Rabu yang mereka telah menghentikan perbincangan mengenai cadangan penggabungan untuk mewujudkan bank Islam mega berikutan keadaan ekonomi semasa.

"Kami telah membincangkan penggabungan dengan teliti dan ketika kami terus yakin yang gabungan tiga francais kami mengikuti logik strategik yang baik, kami akhirnya tidak mampu untuk memperoleh transaksi mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan," kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan bersama.

"Keputusan untuk menghentikan perbincangan dibuat selepas kajian terperinci mengenai sinergi berpotensi yang boleh dicapai secara realistik, terutama dalam persekitaran ekonomi semasa," katanya.

"Kami ingin merakamkan penghargaan ikhlas kami kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan RHB Capital dan MBSB ke atas kerjasama penuh mereka semasa perbincangan kami," tambahnya.

Kumpulan CIMB dan RHB Capital telah menarik balik permohonan mereka kepada Bank Negara dan perjanjian eksklusiviti yang dimeterai pihak terbabit telah dibatalkan dengan penghentian perbincangan itu.

"Kami mengadakan perbincangan untuk cadangan penggabungan dengan harapan kami akan memperoleh cadangan peningkatan nilai untuk semua pihak berkepentingandan membawanya kepada pemegang saham masing-masing," kata Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital, Kellee Kam.

"Melindungi dan mencipta nilai kepada pihak berkepentingan adalah keutamaan semua pihak dan berikutan perubahan persekitaran, kami tidak dapat memutuskan kes untuk meneruskannya lagi.

"Bagaimanapun, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang meluangkan masa dan tenaga untuk perbincangan itu," katanya. 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata: "Peluang untuk menjadi sebahagian daripada bank Islam mega adalah sesuatu yang menarik buat kami.

"Berikutan perbincangan telah tamat, kami boleh terus memberi tumpuan kepada kekukuhan francais kami dan mencapai matlamat yang telah kami tetapkan sebelum ini. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk kerja keras mereka itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: CIMB , RHB , MBSB

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan