Najib Rasmi Wisma Perwira ATM

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 2:00 PM

Najib dan Hishamuddin memerhati persekitaran sekitar bangunan Wisma Perwira in Jalan Semarak. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan bangunan Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu di Jalan Semarak di sini.

Bangunan baharu itu dibangunkan di atas tapak lama Wisma Perwira berdekatan dengan Kementerian Pertahanan yang upacara pecah tanahnya disempurnakan Najib, sebagai menteri pertahanan, pada 4 September 2008.

Wisma Perwira baharu itu mempunyai dua menara masing-masing setinggi 14 tingkat dan dihubungkan dengan sebuah 'sky bridge'. Pembinaannya menelan belanja RM128.5 juta.

Bangunan yang menjadi kemegahan ATM ini berfungsi sebagai tempat penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi tentera, seminar, mesyuarat dan penganjuran aktiviti lain berpandukan tradisi dan budaya ketenteraan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib dalam kata-kata aluan buku perasmian Wisma Perwira berkata, wisma itu adalah tanda dan usaha kerajaan menghargai jasa pengorbanan dan sumbangan anggota serta pegawai ATM.

Perdana menteri berkata, kerajaan mengambil inisiatif ini bagi memberikan kemudahan penginapan dan fasiliti yang lebih selesa kepada semua anggota dan pegawai ATM daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada ATM kerana berjaya merealisasikan hasrat saya sebagai menteri pertahanan pada masa tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Wisma Perwira , ATM , Jalan Padang Tembak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan