Kapal TLDM Temui Mayat Wanita Mangsa Nahas QZ8501

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 3:36 PM

Kapal TLDM turut menyumbang tenaga untuk mencari mangsa nahas QZ8501 yang kini masuk hari ke-12.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah daripada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, menemukan mayat seorang wanita, Selasa.

Dalam mesej melalui Twitter, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata: "KD Perak menemukan mayat seorang wanita pada pukul 11 pagi ini di Sektor 1. Mayat dalam proses untuk diserah kepada BASARNAS."

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata ia adalah mayat kesembilan yang ditemukan kapal Malaysia dalam operasi SAR, yang memasuki hari ke-12, sejak Penerbangan QZ8501 mengalami nahas pada 28 Disember.

Penerbangan QZ8501 hilang daripada pengesanan radar pada 28 Disember lepas ketika dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia berkata setakat ini, 39 mayat penumpang pesawat malang itu telah dijumpai dan daripada jumlah itu, 16 telah dikenal pasti Pasukan Pengenalan Mangsa Bencana Polis Indonesia.

Tags / Kata Kunci: KD Perak , AirAsia , Laut Jawa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan