Masjid, Sekolah Cina Bekerjsama Bantu Mangsa Banjir Terperangkap

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 7:00 PM

Teck Pin di antara longgokan barangan dan peralatan SJK (C) Khee Chee di Temerloh yang musnah akibat banjir.

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Apabila banjir melanda, pengurusan masjid dan sekolah Cina berdekatan bekerjasama dalam suasana harmoni untuk menyelamatkan lebih 400 mangsa yang terperangkap.

Terletak bersebelahan antara satu sama lain di tebing Sungai Pahang, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khee Chee dan Masjid Abu Bakar telah wujud sejak lebih 50 tahun lalu.

Sekolah itu dibina pada 1920 dan diwartakan sebagai pusat pemindahan banjir, bagaimanapun tiada siapa sangka tahap musibah yang menimpa kali ini.

Berikutan itu, jumlah barangan yang diperuntukan untuk mangsa banjir tidak mencukupi kerana bilangan yang ditempatkan tanpa mengira bangsa, sama ada keluarga Melayu, atau Cina meningkat dari semasa ke semasa hingga memenuhi dewan sekolah itu.

Menyedari situasi semakin meruncing, pengurusan masjid dan sekolah itu segera melakukan yang terbaik untuk penduduk kawasan berkenaan.

Guru Besar, Lai Teck Pin menugaskan kakitangannya untuk membeli perubatan kepada keluarga yang mengalami masalah kesihatan, seperti demam, selsema, dan batuk sehingga bekalan tambahan tiba.

Bagi imam masjid utama di sini yang dibina pada 1963, Badrulhisham Mohd Zaki pula, dapur, periuk dan tilam milik masjid itu dipinjamkan untuk kemudahan mangsa banjir.

Badrulhisham menunjukkan kedudukan sekolah Cina yang terletak bersebelahan Masjid Abu Bakar.

Malahan, masjid itu juga membenarkan mangsa banjir menggunakan tandas dan bilik mandi sebagai tambahan kepada kemudahan yang ada di sekolah berkenaan.

"Kerjasama antara kami tidak dirancang, tetapi semasa kejadian bencana alam ini semua berfikir cara terbaik untuk membantu mangsa banjir, tanpa mengira siapa mereka," kata Badrulhisham, 41.

Ketika kemuncak bencana itu, 456 mangsa membabitkan 134 keluarga mendapatkan perlindungan di sekolah itu apabila air sungai melimpah dan memenuhi padang sekolah hingga air mencecah 3.6 meter.

Jawatankuasa Bencana Alam yang merangkumi wakil pelbagai agensi kerajaan mengambil alih sekolah itu dalam tempoh sembilan hari semasa ia digunakan sebagai pusat pemindahan, tetapi Teck Pin dan kakitangannya tetap menghulurkan bantuan setakat yang termampu.

Kumpulan atau individu, termasuk bekas imam masjid turut sama menyumbang tenaga untuk meringankan beban mangsa banjir seperti menyediakan bekalan air bersih.

"Kami hanya lakukan apa yang termampu dan yang paling utama kami bekerjasama membantu mangsa banjir," kata Teck Pin sambil menambah sekolahnya mempunyai ramai pelajar Melayu, termasuk 38 daripada 109 murid Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan pada Isnin.

Selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, sekumpulan sukarelawan daripada Yayasan Buddha Tzu Chi Taiwan di sini meluangkan dua hari untuk membersihkan persekitaran sekolah itu.

Malahan, sekolah itu terus digunakan sebagai pusat pengedaran bantuan seperti uniform sekolah dan beberapa lagi barangan yang disumbangkan MCA.

Masjid Abu Bakar bagaimanapun lebih bernasib baik apabila air hanya mencecah tangga bangunan itu dan ia sama sekali tidak menghalang jemaahnya untuk terus membantu mangsa banjir.

Antara yang dilakukan adalah bekerjsama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk mengagihkan barangan sekolah kepada anak yatim di sekitar daerah itu.

"Sebahagian mangsa masih lagi trauma dan mendapatkan bantuan. Saya hanya lakukan apa yang terdaya untuk memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan," kata Badrulhisham.







Tags / Kata Kunci: Masjid Abu Bakar , Lai Teck Pin , Temerloh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan