Banjir: Peniaga Warung Turut Akan Dibantu - Najib

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 7:05 PM

Najib kelihatan ceria semasa menyampaikan sijil pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) Bizpitch kepada Syafeeq Mohd yang mengusahakan Kedai Pelikat Pop-Up selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di Bangunan Perdana Putra pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan membantu semua jenis perniagaan termasuk peruncit dan warung-warung yang terjejas dalam bencana banjir untuk pulih dan menyambung semula perniagaan masing-masing. 

Katanya kerajaan akan menentukan bentuk pertolongan yang akan diberi khususnya kepada golongan peniaga berkenaan selepas mendapat gambaran menyeluruh mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Beliau berkata Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) pada Selasa membincangkan kedudukan peniaga dan usahawan yang terlibat dalam bencana banjir di mana mereka memerlukan peruntukan daripada kerajaan untuk pemulihan dan menyambung semula perniagaan mereka.

"Satu langkah akan diambil di mana semua jenis perniagaan yang terlibat bukan sahaja syarikat teras dan syarikat yang terima facilitator fund atau dana pemudah cara tapi semua jenis perniagaan termasuk peruncit dan warung-warung yang memerlukan pertolongan perlu disenaraikan," katanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucappada majlis penyampaian sijil kepada pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) siri ketiga dan keempat di Bangunan Perdana Putra

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Najib ketika berucap turut memaklumkan bahawa mesyuarat MEB yang dipengerusikannya ini bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak RM50 juta sebagai dana permulaan kepada Yayasan Waqaf Malaysia.

Beliau berkata peruntukan itu bertujuan melancarkan program-program peningkatan ekonomi dan pembudayaan waqaf bagi tahun 2015 hingga 2019.

Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan yang ditubuhkan pada 23Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM15 juta oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera kepada Jawatankuasa Khas MEB Negeri Sabah untuk melaksanakan program-program pembangunan kapasiti dan pembiayaan keusahawanan bagi tahun 2015.

Tags / Kata Kunci: MEB , Banjir , Najib

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan