Pelajar Tingkatan Empat Maut, Seorang Parah Dilanggar Lari

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 11:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian langgar lari di Kilometer 19, Jalan Mempaga-Chinta Manis dekat Bentong, Selasa.

Penunggang motosikal, Haikal Asraf Hairol Hashim, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 3 petang itu manakala pemboncengnya Mohd Farid Suhaizat Kamarudin, kedua-dua berusia 16 tahun, patah paha kanannya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kampung Sertik itu berasal dari Felda Mempaga 3, Karak.

Katanya mangsa dalam perjalanan dari arah Karak menghala ke Mempaga dan cuba memotong sebuah kenderaan apabila motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

Beliau berkata sehingga kini pemandu treler terbabit belum membuat laporan polis dan beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

Mohamad Nor berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala pembonceng yang parah itu juga dirawat di hospital sama. 

Tags / Kata Kunci: langgar lari

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan