'Jangan Transit Di Malaysia, Ia Umpama Bunuh Diri' - Blog IS

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Pihak yang merekrut individu untuk menyertai kumpulan Negara Islam (IS) yang berpusat di Syria menggesa anggota militan Indonesia untuk tidak melakukan transit di Malaysia kerana ia umpama 'membunuh diri'.

Dalam blognya, individu dengan nama Abu Hud, telah berkongsi berita yang diperolehi daripada anggota militan lain yang berkata bahawa ramai rakyat Indonesia yang berkunjung ke Syria untuk menyertai IS telah ditangkap ketika transit di Malaysia.

"Jika rakyat Indonesia bertanya laluan mana yang mereka perlu ambil, sila jangan menasihati mereka untuk masuk melalui Turki atau mana-mana tempat di mana mereka perlu transit di Malaysia.

"Ia adalah sama seperti membunuh diri, ia tidak selamat lagi!", menurut notis yang disiarkan di blog ini.

Abu Hud juga menasihatkan mereka yang dalam perjalanan untuk menyertai kumpulan IS supaya tidak menyimpan sebarang benda yang berkaitan dengan kumpulan pengganas atau aktivitinya, sama ada video, buku atau pelekat.

Katanya, terdapat sebilangan rakyat Malaysia dan Indonesia yang dalam perjalanan ke Syria beberapa minggu lalu, yang didapati menggunakan cara itu telah ditangkap.

Abu Hud juga menjawab soalan daripada orang yang tidak dikenali yang bertanya jika dia perlu membuat lencongan perjalanan atau pergi terus ke Turki.

"Ia bergantung kepada keadaan, tetapi (melakukan) apa-apa untuk menyahkan orang kafir adalah baik.

"Saya nasihat ambil lencongan. Seperti Beijing atau Hong Kong jika anda mampu," jawab Abu Hud.

Seorang bekas komando Malaysia ditahan di Riyadh baru-baru ini. Dia adalah antara 135 militan yang mempunyai kaitan dengan IS yang ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada 28 Disember lalu.

Tags / Kata Kunci: IS , Abu Hud

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan