Mangsa Banjir Hilang Kediaman Di Gua Musang Mula Diami Khemah

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 5:11 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua,kiri) ketika melawat penempatan sementara mangsa banjir di Bandar Utama bersama Abd Aziz Yusoff (kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh Datuk Norzula Mat Diah (tiga,kiri) pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Sejumlah 98 keluarga mangsa banjir yang kehilangan rumah akibat bencana itu bulan lepas, kini mendiami khemah yang dibina di kawasan lapang di Bandar Utama di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof berkata sebelum ini mereka iaitu lebih 500 orang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 di sini.

"Mereka ditempatkan di khemah berkenaan sejak Ahad lepas untuk tempoh tiga bulan sebelum pembinaan rumah panjang siap," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir terbabit di sini, Selasa.

Ab Aziz berkata mereka yang ditempatkan di khemah berkenaan nampaknya gembira berikutan setiap khemah yang dipasang adalah berkualiti tinggi dan selesa.

Beliau berkata pelbagai kemudahan disediakan di kawasan berkenaan termasuk bekalan elektrik, air, bilik mandi dan tandas.

Ab Aziz berkata 200 orang daripada 40 lagi keluarga mangsa banjir ditempatkan di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani di sini.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Siti Hamidah Mamat, 63, dari KampungTiong berkata beliau sekeluarga mula ditempatkan di khemah itu pada Ahad lepas.

Beliau berkata tinggal dikhemah itu sejak dua malam lalu amat selesa berbanding di pusat pemindahan di sekolah berkenaan. Katanya tinggal dikhemah lengkap dengan kemudahan asas termasuk elektrik,air dan bilik mandi tanpa perlu berebut-rebut untuk menggunakannya berikutan penyediaan itu mengikut blok dan diasingkan lelaki dengan perempuan.

“Syukur kepada Tuhan kerana mendapat pembelaan daripada kerajaan menyediakan tempat tinggal baharu walaupun secara berkhemah, sementara mendapat penempatan lain selepas ini.

“Khemah ini adalah yang pertama saya tengok kerana ada menyediakan bilik tidur dan kelengkapan bantal, tilam dan selimut tanpa bersusah payah berbelanja membelinya,” katanya.

Tags / Kata Kunci: banjir Gua Musang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan