Azilah Sedia Terima Apa Jua Keputusan, Tak Nak Lari, Kata Bekas Tunang

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 7:26 PM

Lakaran artis wajah Azilah Hadri

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri sudah bersedia menerima apa jua keputusan mahkamah dan tidak akan lari daripada hukuman dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Perkara ini disampaikan oleh Azilah kepada bekas tunangnya Norazila Baharuddin, 37, Isnin dan kesempatan itu turut diambilnya untuk memohon maaf kepada Norazila atas apa yang telah berlaku antara mereka.

"Azilah telah bersedia hadapi apa jua keputusan yang ditetapkan mahkamah.

Dia akan terima sama ada baik atau buruk. Dia tak nak lari daripada hukuman," kata Norazila berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman mati ke atas anggota UTK itu.

Norazila memberitahu Bernama bahawa ketika menghubungi beliau, Azilah juga berterima kasih kepada peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakilinya dan yakin bahawa Hazman telah mengemukakan hujah terbaik.

Norazila yang telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya pada Mei lalu berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Azilah ialah ketika Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah iaitu pada Ogos 2013.

Katanya walaupun hubungan antara mereka telah berakhir, namun sebagai sahabat beliau akan tetap melawat Azilah di penjara kelak.

Seorang lagi tertuduh, yang juga anggota UTK Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir ke mahkamah hari ini hingga mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul Azhar selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua UTK itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.

Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006. 


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan