Tragedi Bot: Lima Penumpang Diselamatkan, Tiga Maut

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Lima penumpang berjaya diselamatkan, selepas terbabit dalam insiden pelanggaran dua bot di Ulu Baram, di kawasan pedalaman utara Sarawak.  

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang, Dennis Ngau pada pagi Isnin memberitahu The Star Online bahawa berdasarkan maklumat terbaharu mengenai tragedi dekat Long Panai itu, seramai sembilan orang menaiki bot tersebut yang dalam perjalanan dari Long Terawan ke Long Panai pada petang Ahad.

"Daripada sembilan orang yang menaiki bot berkenaan, tiga disahkan maut dalam insiden itu, seorang cedera parah dan lima lagi berjaya diselamatkan oleh penduduk yang tinggal di sepanjang sungai.

"Bot yang berlanggar dengan bot panjang itu adalah milik seorang kontraktor yang bekerja dengan syarikat pembalakan. Bot milik syarikat pembalakang itu menyerupai seperti bot laju.

"Laporan awal mengatakan bot kayu balak itu dinaiki oleh pekerja pembalakan warga Indonesia.

"Pemandu bot itu dikatakan warga Indonesia. Kesemua yang menaiki bot panjang itu adalah penduduk tempatan," katanya.

Ngau berkata, kesemua mereka yang maut adalah adik beradik, Celine Adries, 12, dan Ethaniel Adires, 11, dan ibu saudara mereka, Marie Lawing, 38.

Penumpang bot yang cedera parah ialah Margaret Dau, 36, yang merupakan kakitangan di sebuah klinik kerajaan dekat Taman Negara Mulu.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan