Komen 'Khutbah Jumaat' Paulsen Perlu Ditangani Sewajarnya - TPM

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 6:49 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu tindakan diambil terhadap Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Eric Paulsen berhubung kenyataan yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

Muhyiddin, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Paulsen terhadap Jakim di Twitter itu berkata tindakan Paulsen mesti ditangani sewajarnya.

"Pihak berkuasa perlu menyiasat kenyataan Paulsen dan mengambil tindakan yang sewajarnya memandangkan ramai orang bukan Islam tidak faham apa itu Islam sebenarnya.

"Islam bukanlah satu agama pelampau, (dan) sejak bila ada orang kita (rakyat Malaysia) bertindak luar biasa? Islam adalah agama yang paling sederhana," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas melihat keadaan hari pertama sesi persekolahan 2015 di SK Cyberjaya dan SM Cyberjaya, di sini.

Beliau berkata dakwaan khutbah Jumaat yang menyeleweng tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana khutbah tidak hanya berkisar cara hidup Islam tetapi juga isu kemasyarakatan dan kemanusiaan.

"Mungkin Paulsen sama sekali tidak tahu mengenai perkara ini atau tidak belajar mengenai Islam," katanya.

Paulsen telah membuat kenyataan yang menuduh Jakim menyebarkan ekstremisme setiap hari Jumaat (melalui khutbah) di laman Twitternya pada 9 Januari.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan