Gelandangan: Pertiwi Soup Kitchen Sedia Kemuka Cadangan

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 1:00 AM

Kebanyakan gelandangan memenuhi kaki lima di sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam selepas penat bekerja atau meminta simpati orang ramai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertiwi Soup Kitchen sedang merangka kertas cadangan bagi menempatkan kemudahan golongan gelandangan di beberapa masjid di ibu negara.

Pengasasnya, Munirah Abdul Hamid berkata, persediaan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak, terutama pengurusan masjid berhubung perkara itu.

“Mekanisme pelaksanaan akan dibincangkan bersama pihak berkaitan seperti pembabitan sukarelawan dalam mengawal selia kemudahan itu.

“Kita mempunyai beribu-ribu sukarelawan meliputi perseorangan, pelajar dan badan korporat. Mungkin seorang atau dua akan menyelia setiap kemudahan pada satu-satu masa. Tempoh dan bila penggunaannya juga akan dibincangkan, sebagai contoh penggunaan selama dua jam pada waktu kurang puncak seperti selepas Subuh dan sebelum Zohor.

“Intipati surat itu perlu diperincikan dengan teliti supaya cadangan untuk membantu gelandangan dipertimbangkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Baru-baru ini, mStar Online melaporkan Pertiwi Soup Kitchen mencadangkan supaya masjid sekitar Kuala Lumpur menyediakan ruang untuk menempatkan kemudahan mesin basuh, pengering baju dan lokar menyimpan barang buat gelandangan terutama yang bekerja.

Hasrat NGO itu menerima pelbagai reaksi, ada yang sudi memberi kerjasama untuk membantu golongan gelandangan dan terdapat pihak yang meminta supaya mengemukakan cadangan itu untuk dibincangkan bersama pihak pengurusan masjid masing-masing.

"Syukur Alhamdulilah ada yang setuju beri kerjasama dan ada juga secara terbuka minta kita hantar cadangan. Keterbukaan hati mereka adalah langkah kecil kita untuk memulakan hasrat ini.

“Pintu (peluang) dah terbuka, maka kita boleh runding. Kita akan bincang dengan mereka apa yang boleh diterima dan praktikal. Kita juga kena tahu apa yang boleh dan tidak dibenarkan di kawasan masjid,” katanya.

Mengenai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan itu, Munirah berkata, semua pandangan sama ada positif atau negatif diterima dengan baik dan pihaknya menghormati pendirian tersebut.

‘Kita mahu buat berlandaskan prinsip kemurahan hati, keikhlasan dan perlu ada perasaan positif.

"Apa yang boleh kita lakukan, kita akan buat. Kita tidak akan teragak-agak. Di mana tiada halangan, itu yang kita akan usahakan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan