Bekas KP Finas Datuk Mohd Shariff Ahmad Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 11:59 PM

Mohd Shariff Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Mohd Shariff Ahmad, 63, meninggal dunia malam Isnin akibat komplikasi jantung.

Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor berkata, Mohd Shariff dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam di sini pagi tadi kerana masalah jantung.

"Ketika menziarahi arwah di hospital petang tadi, keadaannya masih stabil.

Kemudian, dalam perjalanan balik, saya mendapat panggilan daripada isteri Allahyarham mengatakan beliau telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama.

Isteri Mohd Shariff, Datin Rusila Hashim di laman Facebooknya mengesahkan Allahyarham meninggal dunia pada pukul 7.40 malam Isnin.

Menurut Rusila, jenazah akan dikebumikan pada pukul 10 pagi esok di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.

Mohd Shariff juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG) dan anggota jawatankuasa Profima.

Pengerusi CCIG, Jurey Latif Rosli berkata Allahyarham merupakan tulang belakang di sebalik penubuhan persatuan itu pada 2011.

Beliau menyifatkan Mohd Shariff sebagai seorang yang berusaha keras untuk membantu industri kreatif serta memperjuangkan industri dalam beberapa persatuan.

Tags / Kata Kunci: Finas , Mohd Shariff Ahmad , Profima

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan