QZ8501: Tony Fernandes Harapkan Kejayaan Besar Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berharap kejayaan besar dicapai dalam pencarian pesawat QZ8501 pada Ahad.

Tweet tokoh korporat terkemuka itu pada Ahad menyebut: "Berharap akan ada kejayaan besar hari ini dan kita dapat menemui badan pesawat. Adalah penting bagi kami untuk menemui semua penumpang. Terima kasih kepada Basarnas dan semua tentera laut"

Menerusi laman itu, Fernandes juga berharap kotak hitam pesawat itu dapat ditemui.

"Kami percaya kotak hitam itu mungkin sudah ditemui tetapi ia belum disahkan lagi, tetapi maklumat yang diterima adalah kukuh. Bagaimanapun, saya masih mahukan badan pesawat itu ditemui," katanya.

Pasukan mencari Indonesia percaya imbasan sonar dapat mengesan badan pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas dua minggu lalu dan mengakibatkan 162 penumpangnya maut.

Penyelam yang ditugaskan masih menyiasat kedudukan sebenar badan pesawat itu," kata pegawai kanan pasukan itu.

Pesawat QZ8501 hilang hubungan daripada menara kawalan ketika cuaca buruk pada 28 Disember lalu pada pertengahan penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Pasukan penyelam juga mendengar isyarat ping yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat itu yang sepatutnya pada bahagian ekor yang diapungkan pada Sabtu. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati kotak hitam itu tidak berada di tempat  yang sepatutnya.

Penyelaras operasi Basarnas, Supriyadi berkata, imbasan sonar mengesan objek sepanjag 10 meter dengan lebar empat metar dan ketinggian 2.5 meter di dasar laut.

"Kami percaya ia badan pesawat itu.

"Besar kemungkinan kotak hitam ada berdekatan badan pesawat," kata Supriyadi kepada Reuters di Pangkalan Bun.

Setakat ini, 48 mayat ditemui di Laut Jawa dan pasukan bertanggungjawab sedang berusaha mengesan badan pesawat kerana percaya lebih banyak mangsa berada di dalamnya.

Tags / Kata Kunci: QZ8501 , Pangkalan Bun , AirAsia , pesawat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan