Malaysia Bincang Dengan Australia, China Tambah Kapal Cari MH370 - Liow

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 3:38 PM

Liow Tiong Lai. -foto RAYMOND OOI/ The Star

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Malaysia sedang berbincang dengan Australia dan China untuk menggunakan kapal 'Fugro Supporter' bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lebih banyak kelengkapan perlu digunakan berikutan kesulitan yang dihadapi misi mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi.

Katanya ketika ini, tiga kapal terlibat dalam operasi mencari pesawat berkenaan iaitu 'Go Phoenix', 'Fugro Discovery' dan 'Fugro Equator'.

"Kami sedang berusaha menambah satu lagi kapal dan apabila tiba masanya, kami akan buat pengumuman mengenainya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kem Latihan Kader MCA Negeri Sembilan di sini Ahad.

Operasi mencari Penerbangan MH370 kini memasuki bulan kesembilan sejak ia hilang pada 2.40 pagi 8 Mac tahun lepas.

Pesawat membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Liow berkata setakat ini, kerja mencari di dasar laut meliputi 26 peratus daripada 60,000 kilometer persegi kawasan pencarian.

Mengenai pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pula, Liow berkata beliau berharap kotak hitam pesawat itu segera dijumpai berikutan laporan yang menyatakan isyarat pingnya kini semakin kuat.

"Kita berharap usaha mencari pesawat dan lebih ramai mangsa akan dapat diteruskan memandangkan cuaca baik. Malaysia akan terus membantu, bukan sahaja dalam misi mencari dan menyelamat, malah dalam siasatan," katanya.
Tags / Kata Kunci: MH370. Liow Tiong Lai

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan