Sukarelawan Banjir Dinasihat Pakai Sut Lengkap Ketika Kerja Pembersihan

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Sukarelawan dinasihatkan memakai sut lengkap ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah ini bagi mengelakkan pasukan berkenaan dari dijangkiti penyakit.

Katanya sukarelawan yang ada luka walaupun kecil tidak digalak melakukan kerja pembersihan kerana penyakit bawaan air seperti E.Coli dan leptospirosis (penyakit kencing tikus) boleh merebak ke dalam badan melalui luka.

"Justeru sukarelawan jangan pandang ringan...pakai sarung tangan, kasut dan mask (topeng tutup mulut).

"Pakai mask itu penting sebab kita khuatir debu atau tanah yang dihanyutkan arus itu boleh mendatangkan batuk mahupun sesak nafas kepada mereka selain terkena penyakit yang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Kemaman di sini, Ahad.

Menurutnya setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung wabak penyakit merebak akibat banjir yang melanda sejak pertengahan bulan lepas.

Jelasnya hanya kes-kes penyakit biasa seperti cirit-birit dan juga kes terpencil melibatkan tambahan kes jangkitan penyakit kencing tikus direkodkan setakat ini.

"Penyakit kencing tikus ini berlaku di Gua Musang, Kelantan dan melibatkan mangsa dalam kalangan orang asli di kawasan itu," katanya.

Pasukan perubatan bergerak dari negeri-negeri yang kurang terjejas ke negeri terjejas teruk seperti Kelantan untuk membantu.

Beliau berkata, kementeriannya juga turut mendapat khidmat doktor dari Thailand yang turun ke lokasi terjejas di Kelantan.

Tags / Kata Kunci: Dr Hilmi Yahaya , sukarelawan banjir , E.Coli

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan