Dr Halim Shafie Dilantik Pengerusi SKMM

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 12:35 PM

Dr Halim Shafie.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dilantik sebagai pengerusi baharu SKMM untuk penggal dua tahun, demikian diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Ahad.

Dr Halim, 65, kini merupakan pengerusi Telekom Malaysia, jawatan bukan eksekutif yang dipegangnya hampir enam tahun selepas khidmatnya dengan SKMM sebelum ini tamat. 

Beliau merupakan pengerusi SKMM dari April 2006 hingga Mei 2009.

Sebelum menyertai SKMM, Dr Halim ialah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi selama enam tahun.

"Saya dengan penuh gembira mengumumkan bahawa Datuk Seri Dr Halim Shafie telah bersetuju untuk berkhidmat semula," kata Ahmad Shabery.

"Tempoh khidmat beliau adalah selama dua tahun dengan saya telah memberikan tugas spesifik untuk beliau laksanakan dan capai. Ini termasuk meneliti tadbir urus baik, yang selaras dengan usaha kerajaan untuk semua kementerian dan agensi." 

Tags / Kata Kunci: SKMM , Dr Halim Shafie

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan