Pemilihan Semula MIC: Timbalan Presiden MIC Masih Membisu

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini enggan mengulas mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti itu untuk mengadakan semula pemilihan parti.
 
"Kita anggota parti MIC akan membantu parti MIC daripada dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
 
"Saya rasa tiada siapa dalam kalangan anggota MIC mahukan perkara itu berlaku (pembatalan pendaftaran)," katanya kepada pemberita mengenai perkembangan terbaharu kedudukan parti itu.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan 200 sukarelawan MIC untuk membantu mangsa banjir di pantai timur, di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Beliau berkata pada pandangannya "lebih 600,000 anggota MIC tidak akan membenarkan seorang sahaja bertindak melakukannya (memastikan MIC tidak dibubar) kerana ia merupakan tanggungjawab semua anggota parti untuk memastikan MIC sentiasa dipelihara".
 
Dr Subramaniam berkata apa yang penting pada masa ini ialah MIC perlu mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh ROS, dan menjadi parti yang lebih kuat selepas ini.

Pada 5 Disember 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

ROS juga meminta parti itu mengadakan pemilihan semula di lapan bahagian iaitu Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin dalam tempoh 60 hari.

ROS juga mengarahkan supaya pemilihan semula diadakan dalam tempoh 30 hari bagi jawatan timbalan pengerusi Batu Kawan, pengerusi bahagian Kota Raja, pengerusi bahagian Tanjung Malim dan pengerusi cawangan Taman Koperasi Polis.

Dua cawangan iaitu Merlimau Utara dan Rumah Pangsa Pekeliling Selatan, juga diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 30 hari. 

ROS juga menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan.

Dr Subramaniam yang ditanya mengenai perbincangannya dengan Presiden parti Datuk Seri G. Palanivel pada 7 Januari lepas, tetap enggan mengulas mengenainya dan berkata perkara itu harus dirahsiakan demi kepentingan parti.

Mengenai bantuan mangsa banjir, sukarelawan MIC turut membawa bekalan makanan, barangan keperluan dapur, bantuan wang tunai dan bantuan kepada pelajar sekolah bernilai RM400,000.

Mereka juga akan membantu menjalankan kerja-kerja kebajikan dan pembersihan di sekolah, klinik kesihatan dan klinik desa serta pejabat kesihatan daerah, katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan