Lebih 7,200 Mangsa di Pusat Pemindahan di Empat Negeri

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 11:40 PM

Walaupun masih terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir, dua beradik Muhammad Azrul Naim Roslan dan adiknya Nuraida Fariha tetap teruja untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2015 bermula esok. Mereka dibantu oleh kakak Nur Syafiqah dan ibu Sahabiah Zakaria mengemas barangan persekolahan yang akan digunakan esok. Rumah mereka di Kampung Labit masih ditenggelami air sejak 23 hari lalu menyebabkan mereka terpaksa tinggal pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Batu di sini. -- fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Pahang, Perak dan Kelantan terus mencatat penurunan dengan kira-kira 2,000 orang dibenarkan pulang setakat malam Ahad.

Pada masa ini, terdapat 7,282 mangsa di pusat pemindahan di ketiga-tiga negeri berkenaan dan Johor berbanding 9,341 orang petang tadi. Bilangan mangsa di Johor kekal 32 orang. 

Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebanyak 3,026 mangsa di enam daerah terjejas berbanding 4,908 orang pada sebelah petang.

Katanya Pekan merekodkan jumlah mangsa sebanyak 1,835 orang diikuti Kuantan (877), Temerloh (271), Maran (21), Bera (14) dan Bentong (lapan orang).

Kesemua mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan yang masih beroperasi setakat ini, setelah lapan pusat ditutup. 

Jurucakap itu berkata laluan Bentong-Raub masih ditutup selepas berlaku hakisan teruk akibat arus deras di jambatan Kampung Baru Bentong dan ia kini sedang dibaiki. 

Pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif Bentong-Lebuhraya Karak-Cinta Manis-Sertik-Mempaga atau Lebu-Raub atau Sertik-Kuala Krau.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir mencatat penurunan kepada 2,381 mangsa daripada 639 keluarga di 12 pusat pemindahan berbanding 2,518 orang daripada 679 keluarga petang tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata Perak Tengah mencatat jumlah mangsa tertinggi sebanyak 1,860 orang, Hilir Perak (357), Manjung (127) dan Hulu Perak (37).

Di KELANTAN, jurucakap MKN Kelantan berkata dua pusat pemindahan telah ditutup menjadikan jumlah terkini 25 pusat pemindahan yang menempatkan 1,843 mangsa.

Jumlah mangsa yang direkodkan di jajahan Kuala Krai ialah 1,016 orang, Gua Musang (674), Tanah Merah (93) dan Machang (60).

Di JOHOR, bilangan mangsa banjir di Segamat kekal 32 orang melibatkan lapan keluarga di dua pusat pemindahan, malam Ahad.


Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , pusat pemindahan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan