Jumlah Keseluruhan Mangsa Banjir Di Empat Negeri Menurun Pagi Ini

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 10:47 AM

Penduduk Kampung Lamir Mohd Zuraimi Daud,30, membawa anaknya Mohammad Zharief Asyraff,4, meniti titian sempit yang dibuat khas untuk ke jalan besar selepas kampung tersebut dilanda banjir besar di Pekan, Pahang. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di kesemua pusat pemindahan di empat negeri terlibat banjir menurun kepada 10,346 orang setakat 9 pagi Ahad berbanding 12,971 malam tadi. 

Namun, dua pusat pemindahan baharu dibuka di Bentong, Pahang pada 12 tengah malam tadi selepas dua kampung di daerah itu dinaiki air. 

Kedua-dua pusat itu menempatkan sebanyak 99 mangsa banjir melibatkan 23 keluarga dari Kampung Chergar Medang dan Kampung Batu 1 Chamang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang bagaimanapun berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir di pusat pemindahan dinegeri itu menurun kepada 5,256 orang pagi ini berbanding 7,807 orang malamtadi.

Sebanyak 29 pusat pemindahan dibuka dengan Pekan menempatkan mangsa paling ramai iaitu sebanyak 2,675 orang diikuti Kuantan (888); Maran (848); Temerloh (437); Rompin (262); Bentong (99) dan Bera (47). 

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong berkata laluan Bentong-Raub telah ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku hakisan teruk akibat arus deras di jambatan Kampung Baru Bentong. 

Pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif Bentong-Lebuhraya Karak-Cinta Manis-Sertik-Mempaga atau Lebu-Raub atau Sertik-Kuala Krau.

Di PERAK, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan berkurangan daripada 2,735 orang malam tadi kepada 2,661 orang pagi Ahad.

Beliau berkata sebanyak 14 pusat pemindahan masih dibuka dengan Perak Tengah mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 1,965 orang, Hilir Perak(465), Manjung (155) dan Hulu Perak (76).

Di KELANTAN, jurucakap MKN Kelantan berkata jumlah mangsa banjir di 27 pusat pemindahan di negeri itu kekal sebanyak 2,366 orang seperti yang direkodkan malam tadi dengan Gua Musang menempatkan sebanyak 1,157 mangsa, Kuala Krai (1,016), Machang (100) dan Tanah Merah (93).

Di JOHOR, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di Segamat juga kekal 63 orang seperti direkodkan malam tadi.

Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat masih terputus hubungan, katanya.
Tags / Kata Kunci: banjir

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan