Kerosakan Ladang, Harta Benda Warga Felda Cecah Lebih RM4 Juta - Isa Samad

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 4:40 PM

Sebahagian daripada rumah penduduk di Felda Seberang Tayor, Kemaman yang ditenggelami banjir pada gelombang pertama, Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

LENGGONG: Jumlah kerosakan ladang milik Felda di negeri-negeri yang dilanda banjir dianggarkan bernilai RM3 juta manakala kerosakan harta benda milik warganya ialah RM1.56 juta.

Menyatakan demikian, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, "Kita sudah membuat bancian, kira-kira 200 rumah lebih yang perlu kita baiki dan Felda akan membuat bancian secara terperinci apakah keperluan-keperluan yang seharusnya kita bantu".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat dan menyerahkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Kampung Telok Batu, Lenggong, di sini, Ahad.

Katanya, kira-kira 929 keluarga warga Felda terjejas akibat banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata kira-kira RM1.9 juta berjaya dikutip menerusi Tabung Amal Bencana Felda yang dilancarkan pada 2 Januari lepas.

"Wang ini kita berjaya kutip dari kumpulan syarikat dan daripada wilayah-wilayah di Felda.

"Kita ada 11 wilayah dan mereka telah mengumpulkan kewangan sebanyak RM320,000 yang telah diserahkan kepada tabung kita.

"Sekarang kita ada kira-kira RM1.9 juta. InsyaAllah itu kita guna untuk membeli peralatan-peralatan yang diperlukan untuk diberikan kepada masyarakat terjejas dengan banjir," kata Mohd Isa.

Dalam perkembangan lain, Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad berkata tiga sekolah di kawasan Lenggong yang dijadikan sebagai pusat pemindahan boleh beroperasi sepenuhnya untuk kelas persekolahan esok.

Katanya, sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Beng, SK Lubok Kawah dan SK Raban.

"Mereka yang sebelum ini tinggal di pusat pemindahan di situ dipindahkan ke dewan orang ramai kerana mangsa banjir sudah berkurangan," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Isa Samad , Felda , banjir , ladang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan