Persempadanan Baharu Dijangka Digunakan Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 1:38 PM

Orang ramai mengambil gambar peta terkini Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak di Kuching.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebelas bahagian baharu dalam persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak dijangka dapat digunakan pada pilihan raya negeri itu akan datang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, laporan akhir bagi syor kajian semula persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dijangka dapat disiapkan dan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac ini jika pihaknya tidak menerima sebarang bantahan.

"Setakat ini SPR belum menerima sebarang bantahan atau cadangan daripada mana-mana pihak yang layak membuat bantahan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Bernama di sini.

SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah itu pada 5 Januari lepas hingga 4 Februari ini di beberapa tempat di negeri itu.

Berikutan persempadanan semula itu, DUN Sarawak yang kini hanya 71 keusi akan bertambah menjadi 82.

Sebelas bahagian baharu pilihan raya negeri yang disyorkan itu ialah N.13 Batu Kitang; N.17 Stakan; N.18 Serembu; N.23 Triboh; N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Telian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.

Pada sesi khas bersama media Jun lepas sempena 100 hari pentadbiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal atau menunggu sehingga mandat DUN berakhir pada Jun 2016.

Abdul Aziz berkata, jika terdapat bantahan, SPR akan menyemak semua bantahan yang diterima daripada pihak-pihak yang dibenarkan sahaja.

Selepas selesai semua proses semakan bantahan, syor itu akan dipamerkan sekali lagi, katanya sambil menyuarakan keyakinan bahawa persempadanan semula itu dapat digunakan untuk pilihan raya negeri Sarawak.

Pihak-pihak yang dibenarkan membuat bantahan ialah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu, dan sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan.

Menyentuh pewartaan Notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan DUN Sabah dan Semenanjung Malaysia, Abdul Aziz berkata ia masih belum ditetapkan.

"Kita masih menunggu keadaan banjir pulih sepenuhnya kerana keadaan sekarang masih belum sesuai," katanya.

Pewartaan tersebut yang pada awalnya dirancang untuk diwartakan Disember lepas terpaksa ditunda berikutan banjir yang melanda beberapa negeri.

Kajian semula persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003. 
Tags / Kata Kunci: Sarawak , pilihan raya , SPR , Abdul Aziz Mohd Yusof

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan