Bekalan Ikan & Sayur Terjejas Jika Musim Tengkujuh Berterusan

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Musim tengkujuh yang berterusan dibimbangi akan menjejaskan bekalan ikan dan sayur-sayuran negara, terutama sekali dengan ketibaan perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan, kata beberapa pembekal di ibu negara.

Mereka berharap kerajaan dapat membantu mengatasi masalah ini jika keadaan cuaca tidak berubah dengan mendapatkan bekalan dari luar negara bagi menambah bekalan tempatan.

Pembekal ikan di Pasar Borong Kuala Lumpur, yang hanya mahu dikenali sebagai Chong berkata bekalan ikannya kini semakin susut berikutan nelayan tempatan terutama di Pantai Timur tidak dapat turun ke laut menangkap ikan berikutan cuaca yang tidak menentu dan laut yang bergelora. 

Kini bekalan ikannya hanya tinggal ikan kembung, bawal, siakap, sardin dan tongkol sahaja dan jumlahnya semakin susut, sementara ikan sungai seperti ikan patin sukar diperoleh, katanya kepada Bernama.

Kebimbangan beliau turut dikongsi peniaga ikan di Pasar Harian Selayang, Shamsuri Othman yang terpaksa menaikkan harga kerana bekalan ikan semakin berkurangan.

"Kami risau bekalan ikan tidak mencukupi di bandar raya ini terutama pada musim perayaan akan datang, walaupun pada masa ini masih cukup," katanya.

Beliau tidak menafikan terdapat beberapa jenis ikan yang sukar diperoleh menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga.

Memandangkan permintaan dijangka bertambah dari semasa ke semasa, pihaknya telah mendapatkan bekalan ikan dari Indonesia dan Thailand sebagai persediaan, katanya.

Berdasarkan maklumat di papan harga di Pasar Borang Kuala Lumpur, harga ikan tempatan naik antara RM2 hingga RM5 sekilogram mengikut jenis ikan dan kualiti seperti ikan siakap bersaiz sederhana dijual sekitar RM13 sekilogram (kg) berbanding RM9 sebelum ini.

Ikan bawal RM20 satu kg berbanding RM18, dan ikan kembung saiz besar RM16 satu kg berbanding RM14 sebelum ini.

Seorang peniaga sayur di Pasar Basah Chow Kit, Ooi berkata harga sayur seperti bayam, sawi dan kailan juga meningkat kerana bekalan yang semakin susut akibat perubahan cuaca.
 
"Kami mendapatkan bekalan sayur-sayuran ini daripada pembekal tempatan dan ada juga diimport dari China dan India, tetapi harga sayur masih standard dan dijual mengikut jenis dan kualiti," katanya.

Sayur tempatan seperti bendi, sawi, kailan dan tomato naik antara RM1 hingga RM3 sekilogram seperti bendi dijual sekitar RM10 berbanding RM6, sawi dijual RM3 berbanding RM2 dan kailan RM8 berbanding RM5 sebelum ini.

Seorang pelanggan di pasar raya Giant, Junaidah Tarmizi, 30, berkata beliau menyedari harga barang naik sejak beberapa hari lepas dan berharap bekalan yang diperoleh cukup untuk memenuhi keperluan pengguna.
 
"Pada minggu lepas, ada beberapa jenis ikan dan sayur-sayuran dinaikkan harga sekitar RM5 daripada harga asal tetapi tidak melibatkan semua pasar raya. 

Sementara itu, bekalan sayur-sayuran tempatan seperti sawi, bayam dan kailan didapati kurang dijual di pasar raya dan pasar basah ibu negara.

Tags / Kata Kunci: harga ikan , sayur , musim tengkujuh

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan