Aksi Gadis Dipeluk Kumpulan K-Pop Dikecam di Laman Sosial

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 10:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakaman video berdurasi tiga minit dan 22 saat, kumpulan pop Korea (K-Pop) memeluk tiga orang peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas mula menjadi viral dan diperkatakan di laman sosial, Facebook. 

Video berkenaan telah dilihat sebanyak 1, 160, 751 kali sehingga malam Ahad, termasuk babak seorang ahli kumpulan K-Pop B1A4 memeluk seorang wanita daripada arah belakang, sebelum wanita itu berpaling dan kembali memeluk artis berkenaan. 

Sementara satu lagi babak, memaparkan aksi seorang ahli kumpulan k-Pop tersebut mencium dahi gadis yang lain.

Ketiga-tiga gadis tersebut nampak agak gemuruh ketika berada di atas pentas. 

Kebanyakan komen yang yang dimuat naik pada 10.55 pagi Ahad, mengkritik aksi peminat kumpulan B1A4 yang disifatkan tidak senonoh ketika berada di atas pentas. 

"Adalah sangat mengecewakan apabila melihat wanita yang berhijab namun iman mereka 'ibarat' dibogelkan oleh ahli kumpulan K-Pop. 

"Kita tidak boleh sebarang tindakan terhadap pihak penganjur atau artis Korea ini kerana ia melibatkan aksi individu. Ini adalah soal maruah dan harga diri seseorang," komen Hanish Shuriku Shenzen di akaun Fanpage, Sukan Star TV. 

Seorang lagi netizen, Qaseh Dyana turut melahirkan rasa kecewanya terhadap aksi yang dipaparkan oleh ketiga-tiga peminat kumpulan K-Pop berkenaan. 

"Video ini membuatkan saya menangis, kerana gadis tersebut walaupun mereka memakai tudung litup mereka menjatuhkan maruah diri sendiri. Hanya kerana 'setitik nila, rosak susu sebelanga'," komen Qaseh, sambil Yusoff turut menyokong kenyataan tersebut yang menyifatkan tindakan gadis tersebut 'sangat memalukan Islam'. 

Seorang lagi pengguna, Imi Qaf berkata artis K-Pop berkenaan tidak wajar dipersalahkan. 

"Sangat menghairankan, walaupun mereka ini memakai tudung, namun mereka berkelakuan seperti orang yang tiada agama. Mereka juga tidak ada perasaan malu," tambah Imi. 

Video berkenaan turut menjadi bualan di laman twitter, apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengulas mengenainya. 

"Ramai yang meminati K-Pop. Saya harap gadis Malaysia kembali memilih lelaki yang tinggi, hitam manis serta kacak dan bukannya lelaki yang putih, kurus dan 'jambu'. Mereka bukanlah lelaki sejati," tweet Khairy di akaun twitter miliknya, @Khairykj.

Tags / Kata Kunci: video K-Pop , B1A4 , peminat bertudung

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan