Teori Konspirasi Tak Akan Lemahkan Usaha Malaysia Cari MH370 - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 10:39 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Teori konspirasi, yang berpusar-pusar seperti perairan di selatan Lautan Hindi yang begitu berbahaya, telah muncul daripada pelbagai platform seperti media sosial berhubung sebab-sebab kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Namun, teori-teori yang tidak berasas itu tidak akan menjejaskan usaha Malaysia dan negara-negara lain untuk mencari pesawat Boeing 777 itu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, Malaysia tidak pernah mengaku kalah dalam usaha mencari pesawat itu yang hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas.

"Sebenarnya, usaha pencarian itu dipergiatkan dengan lebih banyak aset termasuk kapal pencarian digunakan oleh Malaysia dan Australia di Lautan Hindi.

"Kami menjangkau sehingga kedalaman 6,000 meter di satu daripada lautan yang paling kompleks di dunia.

"Ia bukan satu tugas yang mudah memandangkan kedalaman yang luar biasa dan ia akan mengambil masa.. namun Malaysia tidak akan berputus asa di sebalik teori-teori konspirasi.

"Mereka yang dahagakan maklumat mengenai MH370 perlu mendapatkannya daripada sumber yang boleh dipercayai dan daripada akaun media sosial yang yang autentik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sesi latihan kader Selangor Wanita MCA di sini, Sabtu.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lalu semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 masih belum ditemui, walaupun selepas usaha pencarian menyeluruh di selatan Lautan Hindi di selatan di mana ia dipercayai telah berakhir selepas tersasar daripada haluannya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan