SOP Hadapi Banjir Besar Dirangka - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 3:37 PM

Najib (kiri) bersama Rosmah (dua kana) bertanya khabar kepada mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Banjir Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai, dekat sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi banjir besar akan dirangka sebagai garis panduan dan dijangka dibentangkan pada Kabinet dalam tempoh enam bulan lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata SOP itu nanti akan mencakupi pelbagai aspek termasuk penambahan aset, arahan dan kawalan, peralatan komunikasi, latihan simulasi, kaji cuaca dan bekalan elektrik.

Beliau berkata, SOP sedia ada hanyalah untuk menghadapi banjir biasa yang memerlukan SOP baharu dirangka bagi membolehkan kerajaan lebih bersedia daripada semua aspek termasuk alat bersesuaian untuk menghadapi banjir besar.

"Jika dalam soal ini ATM (Angkatan Tentera Malaysia) menjadi agensi utama maka ia akan dibekalkan dengan peralatan yang bersesuaian untuk hadapi bencana ini dan dalam masa yang sama aspek ramalan kaji cuaca jua perlu lebih tepat dan awal supaya dapat memberikan maklumat awal.

"Apabila tahu awal, kami juga boleh menempatkan anggota seperti tentera, bomba dan agensi lain lebih awal supaya apabila air naik kami mempunyai kemampuan yang lebih besar," katanya dalam sidang media di Pusat Operasi Banjir Parlimen Pekan di Baitul Rahah di sini, Sabtu.

Najib dan Rosmah masing-masing meriba bayi Muhammad Adam Rayyan Rizqi Mat Shausi,48 hari, dan bayi Nurul Zulaika Fazira Din, 36 hari, ketika beramah mesra dengan ibu dalam pantang Junainah Ahmad (kanan) dan Jamaliah Abdul Manaf,40, ketika melawat Pusat Pemindahan Banjir Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai, dekat sini, Sabtu.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin.

Perdana Menteri turut menyarankan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dibina di tempat lebih tinggi supaya tidak terjejas apabila berlaku banjir.

Beliau juga berkata sekumpulan pakar telah diarah untuk membuat kajian tentang punca sebenar berlakunya banjir luar biasa khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

Najib berkata, kajian itu bagi membolehkan langkah pencegahan jangka pendek dan jangka panjang diambil untuk mengelak banjir skala besar berulang.

"Kita nak tahu apa faktor yang menyebabkan banjir skala besar kali ini, apabila tahu punca barulah kita boleh tentukan bagaimana boleh mengolah pembangunan negara supaya ia tidak membawa kesan buruk kepada alam sehingga terjadi bencana seperti ini.

"Ia tidak semestinya berpunca daripada pembalakan atau penerokaan tanah sahaja, tetapi pelbagai faktor bertembung, sebab itu berlakunya banjir besar ini," katanya.



Tags / Kata Kunci: banjir besar , Perdana Menteri , Pekan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan